Sunday, June 1, 2014

Setelah Hampir Setahun Perniagaan Dobi....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji pujian hanyalah milik Allah SWT.

Sudah setahun juga meninggalkan blog ini tanpa posting. Habis bersawang blog nie, hari ini kembali lagi ke dalam blog ini untuk untuk aktif kembali menaip dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada perniagaan dobi yang saya mulakan pada tahun 2012 dulu...

Hmm...Setelah berniaga hampir setahun lebih nie, rupa - rupanya dunia perniagaan dobi ini bukanlah semudah yang saya sangka. Perniagaan ini memerlukan komitmen yang amat tinggi. selain itu juga, kekuatan fizikal dan juga mental sangat - sangat teruji  dalam bidang perniagaan dobi ini. 

Mungkin saya tidak layak untuk berkongsi pengalaman dalam perniagaan ini, kerana saya pun masih setahun jagung dalam perniagaan ini. Namun begitu, walaupun masih mentah, tetapi mungkin pengalaman saya ini sangat berharga kepada sesiapa yang baru ingin memulakan perniagaan dobi.

Dalam perniagaan dobi ini, selain  kena ada mental dan fizikal yang kuat, semangat mesti kuat dan jangan mudah berputus asa. Jika bulan-bulan pertama pelanggan tak ramai lagi, jangan terus putus asa dan terus nak tutup kedai.
Inilah keadaan kedai saya semasa baru memulakan perniagaan. Kosong dan amat menyedihkan..

Gambar di atas tue adalah keadaan dan suasana semasa saya baru memulakan perniagaan. Memang amat menyedihkan. Bulan pertama dan kedua adalah sangat mencabar buat semua usahawan. Di sinilah semangat kita mesti kuat dan jangan berputus asa.  Alhamdulillah berkat doa dan usaha melakukan promosi tanpa henti, akhirnya kini kedai dobi saya telah mempunyai pelanggan tetap.


Ini pula gambar bungkusan pakaian pelanggan di kedai saya pada masa ini.
Alhamdulillah..

Bab berkaitan promosi, in sha Allah akan saya ceritakan nanti. Pelbagai cara boleh kita buat untuk tujuan mempromosikan perniagaan kita. Harus diingat seorang usahawan itu mestilah sentiasa kreatif dalam bab promosi ini. Perniagaan dan promosi adalah umpama adik beradik. Tanpa promosi yang berkesan, perniagaan kita akan gagal dan mati.

Selain itu, apa yang penting dalam perniagaan dobi ini adalah servis basuhan kita tue mestilah sentiasa terbaik agar pelanggan berpuas hati dan sentiasa teringin untuk menggunakan servis kita lagi.

Dalam perniagaan ini, kita tidak mempunyai produk fizikal seperti perniagaan yang lain. Produk kita dalam perniagaan dobi adalah perkhidmatan basuhan, jadi kepada sesiapa usahawan dobi kualiti dan servis basuhan mestilah yg terbaik.

Saya rasa, setakat ini dulu pengalaman yang dapat saya kongsikan. In sha Allah, jika diberikan keizinan oleh Allah, saya akan cuba berkongsi pengalaman buat sesiapa yang memerlukan dalam perniagaan dobi ini.

No comments:

Post a Comment