Sunday, June 1, 2014

Setelah Hampir Setahun Perniagaan Dobi....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji pujian hanyalah milik Allah SWT.

Sudah setahun juga meninggalkan blog ini tanpa posting. Habis bersawang blog nie, hari ini kembali lagi ke dalam blog ini untuk untuk aktif kembali menaip dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada perniagaan dobi yang saya mulakan pada tahun 2012 dulu...

Hmm...Setelah berniaga hampir setahun lebih nie, rupa - rupanya dunia perniagaan dobi ini bukanlah semudah yang saya sangka. Perniagaan ini memerlukan komitmen yang amat tinggi. selain itu juga, kekuatan fizikal dan juga mental sangat - sangat teruji  dalam bidang perniagaan dobi ini. 

Mungkin saya tidak layak untuk berkongsi pengalaman dalam perniagaan ini, kerana saya pun masih setahun jagung dalam perniagaan ini. Namun begitu, walaupun masih mentah, tetapi mungkin pengalaman saya ini sangat berharga kepada sesiapa yang baru ingin memulakan perniagaan dobi.

Dalam perniagaan dobi ini, selain  kena ada mental dan fizikal yang kuat, semangat mesti kuat dan jangan mudah berputus asa. Jika bulan-bulan pertama pelanggan tak ramai lagi, jangan terus putus asa dan terus nak tutup kedai.
Inilah keadaan kedai saya semasa baru memulakan perniagaan. Kosong dan amat menyedihkan..

Gambar di atas tue adalah keadaan dan suasana semasa saya baru memulakan perniagaan. Memang amat menyedihkan. Bulan pertama dan kedua adalah sangat mencabar buat semua usahawan. Di sinilah semangat kita mesti kuat dan jangan berputus asa.  Alhamdulillah berkat doa dan usaha melakukan promosi tanpa henti, akhirnya kini kedai dobi saya telah mempunyai pelanggan tetap.


Ini pula gambar bungkusan pakaian pelanggan di kedai saya pada masa ini.
Alhamdulillah..

Bab berkaitan promosi, in sha Allah akan saya ceritakan nanti. Pelbagai cara boleh kita buat untuk tujuan mempromosikan perniagaan kita. Harus diingat seorang usahawan itu mestilah sentiasa kreatif dalam bab promosi ini. Perniagaan dan promosi adalah umpama adik beradik. Tanpa promosi yang berkesan, perniagaan kita akan gagal dan mati.

Selain itu, apa yang penting dalam perniagaan dobi ini adalah servis basuhan kita tue mestilah sentiasa terbaik agar pelanggan berpuas hati dan sentiasa teringin untuk menggunakan servis kita lagi.

Dalam perniagaan ini, kita tidak mempunyai produk fizikal seperti perniagaan yang lain. Produk kita dalam perniagaan dobi adalah perkhidmatan basuhan, jadi kepada sesiapa usahawan dobi kualiti dan servis basuhan mestilah yg terbaik.

Saya rasa, setakat ini dulu pengalaman yang dapat saya kongsikan. In sha Allah, jika diberikan keizinan oleh Allah, saya akan cuba berkongsi pengalaman buat sesiapa yang memerlukan dalam perniagaan dobi ini.

Saturday, October 6, 2012



salam..

kami ingin mengumumkan....

Pada 7/10/12 (esok) Dobi kami akan mengadakan promosi sempena Pembukaan...

Dobi Istisar menawarkan cucian percuma untuk 15 orang pelanggan terawal..!!!

Jangan risau, jika kuota itu telah dipenuhi..kami akan memberikan DISKAUN 10% untuk setiap cucian..

Datanglah beramai-ramai esok pagi..seawal 9.30 pagi Dobi Istisar akan memulakan operasinya..

Monday, October 1, 2012

DOBI ISTISAR KINI DIBUKA..

Salam buat semua..

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, akhirnya dobi kami beroperasi juga. Sempena pembukaan dobi kami ini, kami ingin membuat promosi pembukaan buat pelanggan yang mengunakan khidmat dobi kami..

Antara promosi yang dobi kami tawarkan adalah :

1. Diskaun 10 % untuk normal wash.
2. Diskaun 10 % untuk Toto/Comforter.
3. Diskaun 10 % untuk Dry Cleaning..

Selain itu kami juga menggalakkan anda untuk menjadi member Dobi Istisar..
Apa faedahnya??

  1. ·   10 kali cuci dapat free cuci 1 kali(5kg)
  2. ·   Diskaun 5% setiap kali hantar cucian
  3. ·   Berpeluang menerima hadiah misteri (bergantung kepada jumlah KG yang  anda hantar pada setiAP bulan)
  4.    TIADA YURAN KEAHLIAN (FREE PENDAFTARAN)
J Jadi, apa tunggu lagi datanglah beramai-ramai..
J



Sunday, September 30, 2012

WAJAH BARU DOBI ISTISAR..

Salam buat semua..

Hari tue saya terlupa pulak ambil gambar masa proses mengecat kedai dobi saya tue..Gambar yang sudah siap adalah. Tidak mengapalah yang penting kerja-kerja mengecat tue berjalan dengan lancar atas bantuan kawan-kawan satu kerja saya..Semoga Allah SWT murahkan razeki kalian semua..

Korang layanlah sedikit gambar kedai dobi yang telah siap dicatkan..Kalau warnanya tidak menarik diam-diam sudahlah..hahaha..Kalau menarik hati anda Alhamdulillah..!!



Oklah kan..Cat baru dan Kaunter pun dah diubah suai sedikit..


Si isteri yang akan handle kedai dobi nie..Harap berjayalah..

Wassalam..
 

Sunday, September 23, 2012

KELAHIRAN DOBI ISTISAR

Salam buat semua..

Ini adalah posting pertama saya di dalam blog Dobi Istisar ini. Bagaimana lahirnya Dobi Istisar nie?? Sebenarnya dobi ini adalah saya ambil alih atau pun beli dari owner kedai Dobi Sri Dahlia..Kenapa owner dulu nak jual dobi nie, biarlah ia menjadi rahsia saya. Apa yang penting, saya perlu berusaha keras dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan yang sedia ada...INSYAALLAH!!

Lokasi dobi ini adalah terletak di Taman Dahlia, dan dobi ini sangat berhampiran dengan flat Taman Dahlia. Untuk maklumat juga nombor kedai ini adalah nombor 8. senang saja nak cari dobi kami ini..

Buat masa ini, dobi ini sepenuhnya di kerjakan dan diusahakan oleh saya dan juga isteri saya. Kami sepakat tidak mahu menggunakan khidmat pekerja dulu. Mungkin di masa akan datang, sekiranya khidmat pekerja diperlukan barulah kami akan mengambil pekerja untuk membantu melancarkan operasi dobi ini..

Untuk maklumat juga, blog ini akan menjadi catatan perjalanan dobi ini (kira macam diarilah). Selain itu, blog ini juga diharap akan menjadi alat untuk kami dan pelanggan untuk berkomunikasi. Jadi sekiranya ada promosi terbaru yang ingin kami buat, pihak kami akan mengumumkan di laman blog ini...

Ini sedikit gambar kedai Dobi Istisar untuk tatapan dan perkenalan buat anda semua..

 Ini signboard lama..Sedang dalam proses nak buat signboard baru
yang diberi nama Dobi Istisar.

Gambar bahagian dalam kedai dobi yang akan diubahsuai..hehehe..

Buah hati kami yang sedang praktis di kaunter cara melayan 
pelanggan yang akan datang..huhuhu


Sekian saja untuk posting pertama ini, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Semoga bisnes dobi ini akan berjaya dan diredhai Allah SWT..AMIN..